Talqin - Baca'an didalam Bahasa Melayu






Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
  • Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,
  • Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
  • Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
  • Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
  • Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
  • Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
  • Wahai (simati........... Bin (nama IBU simati),
  • Wahai (simati........... Bin (nama IBU simati)
  • Wahai (simati........... Bin (nama IBU simati)
  • Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
  • Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
  • Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah.
  • Ingatlah wahai (simati........... Bin (nama IBU simati), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah kamu berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati serta terkejut.
  • Ketahuilah Wahai (simati........... Bin (nama IBU simati), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu adalah hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
  • Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
  • Mereka akan bertanya kamu :
  1. Siapakah Tuhan kamu?
  2. Siapakah Nabi kamu?
  3. Apakah agama kamu?
  4. Dimana kah kiblat kamu?
  5. Siapakah saudara kamu?
  6. Apakah pegangan iktikad kamu?
  7. Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
  • Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
  • Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
  • Hendaklah kamu jawab begini:
  1. Allah Taala Tuhanku,
  2. Muhammad nabiku,
  3. Islam agamaku,
  4. kitab suci Al-Quran ikutanku,
  5. Baitullah itu kiblatku,
  6. Malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
  7. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah”
  • Wahai (simati........... Bin (nama IBU simati) tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
  • Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di Alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
  • Insaflah Wahai (simati........... Bin (nama IBU simati), bahawasanya :
  1. Mati ini adalah benar,
  2. Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
  3. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
  4. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
  5. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
  6. Minum di kolam air Nabi adalah benar,
  7. Adanya Syurga dan Neraka adalah benar.
  8. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula semua orang-orang yang di dalam kubur.
  • Di akhirnya kami ucapkan ' Selamat berpisah dan Selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
  • Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
  • Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
  • Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
  • Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
  • Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
  • Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin walhamdulillahi rabbil alamin.
  • Al-Fatihah..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
SALAM.

IZINKAN DAN HALALKAN SAYA dunia akhirat untuk MENGAMBIL ISI KANDUNGAN YANG DISIARKAN OLEH TUAN, EMPUNYA BLOG INI..UNTUK DIJADIKAN PANDUAN DAN PENGAJARAN..

sudilah kiranya tuan ke blog saya.
http://gunungmatcincang.blogspot.com/

WASSALLAM.GMC-apbs.
MAHAGURU58 berkata…
Wa'alaikumsalam.

Dipersilakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

Insya Allah akan saya bertandang ke laman blog tuan.

Wassalamualaikum.
Abu Iqbal berkata…
Assalamualaikum..izin amal...
Unknown berkata…
Izinkan dan halalkan saya mengambil isi kandungan yang disiarkan oleh Tuan untuk pengajaran, panduan dan bacaan kepada mereka yang telah kembali kepada Penciptanya.
MAHAGURU58 berkata…
Wa'alaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya persilakan setiap pembaca untuk menyalin cetak segala isi kandungan blog saya ini demi menyebarkan Ilmu Agama yang sempat saya terbitkan di blog ini.

Semoga menjadi antara amalan berterusan bagi saya.

Amin Ya Rabbul Alamin.
Ustaz abdullah berkata…
Alhamdulillah.. Sya bru lepas guna talqin di dalam blog ni utk dibaca bgi arwah nenek saya.. Sebak hati.. Moga Allah berikan ganjaran pada empunya blog ni.. Amin
Putra86 berkata…
Assalam mohon halalkn ilmu yg dikongsi
MAHAGURU58 berkata…
Wa'alaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukur Alhamdulillah! Terima kasih semua kerana sudi singgah di blog hamba, debu dunia ini.

Semoga Tuan/Puan sudi mendoakan Maghfirah Allah untuk hamba, insan kerdil ini agar di ampunkan Allah dari segala dosa dan kesalahan selama saya wujud di dunia ini dan di jauhkan dari seksa kubur dan neraka.

Amin ya Rabbal Alamin.

Terima kasih semua, saudara-saudara Tok Mamu. :)

Catatan popular daripada blog ini

"Minah Tudung" tapi berperangai macam jahiliyah dsbnya!

Mensyukuri Nikmat Iman oleh Zainol Abideen