Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Mensyukuri Nikmat Iman oleh Zainol Abideen

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan tuan dan puan puan, saudara seagama dengan saya sekelian. Do'a saya agar anda semua didalam keadaan sihat wal'afiat bersama ahli keluarga tercinta. Bagi yang berseorangan, saya ingin memperingatkan anda bahawa anda tidak bersendirian sebenarnya. Anda senantiasa didampingi Malaikat malaikat Allah, Raqib dan Atid Alaihis Salam. Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri berfirman bahawa Ianya teramat hampir dengan kita, iaitu hanya sedo'a sahaja jarakNya dari kita. Maka bergembira lah kamu wahai sahabat seagamaku. Allah Tuhan Semesta Alam sentiasa bersama kita dan amat menyayangi kita sebenarnya. Jika Allah tidak menyayangi kita, Allah tidak akan membuang masa dengan mencipta kita ini. Saudara saudari seIslam dengan saya. Tajuk perbincangan saya kali ini adalah mengenai mensyukuri nikmat Iman. Ingin saya menyampaikan kepada anda Do'a Bersyukur untuk kita sama sama mengamalkan do'a ini bila kita terasa keperluan bersyukur ke

Solat Cara Rasulullah SAW- Siri Video Penerangan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara saudari, tuan tuan dan puan puan. Berikut adalah Program Mempelajari Cara Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam mendirikan Solat:  Bahagian Pertama  (1)      Bahagian Kedua (2)     Bahagian Ketiga (3)      Bahagian Keempat (4)   Bahagian Kelima (5)   Bahagian Keenam (6)   Bahagian Ketujuh (7)     Bahagian Kelapan (8)      Bahagian Kesembilan (9)     Bahagian Kesepuluh (10)     Bahagian Kesebelas (11)     Semoga panduan cara solat ini dapat membimbing kita semua dan memperkukuhkan pengetahuan semua penonton program ini didalam ibadah Solat, kunci kejayaan setiap Muslim. Amin.

Shahadah oleh wanita wanita Sepanyol depan Syeikh Hisham

Saksikan pengucapan Shahadah oleh wanita wanita Kristian Sepanyol yang memeluk Agama Islam nan Maha Suci dihadapan Syeikh Hisham Kabbani, seorang dari pemimpin Tariqat Naqsyabandi di Sepanyol. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan Taufik dan Hidayah Nya kepada mereka dan kita semua. Amin.

Selimut Putih oleh Orkes El Suraya dari Medan, Indonesia.

Imej
Assalamualaikum semua. Ini salah satu lagu nasyid yang saya amat gemari kerana membawa peringatan tentang hakikat maut yang pasti datang menjemput kita kembali ke Rahmat Allah satu hari nanti. Hayatilah maksud senikata lagu nasyid ini yang amat tepat dan berunsur nasihat. "Sadar lah diri tahu diuntung sebelum masa keranda di usung! " Antara bait bait yang pasti menusuk jiwa mereka yang mahu insaf terhadap lautan dosa yang telah dilakukan? Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati penyanyi penyanyi nasyid ini yang telah menyampaikan dakwah mereka dengan begitu berkesan ini! Amin.

Umat Islam perlu menghargai Keistimewaan Iman.

Imej
Assalamualaikum semua. Tak semena mena blog KLMUSLIM ini menjadi mangsa spambot Google. Maka terpaksa bersabar lah saya sementara menanti pihak Blogger membaiki keadaan. Bukan nya blog saya saja yang menjadi mangsa begini malah berjuta juta blog yang lain di internet. Alhamdulillah, baru sebentar tadi blog KLMUSLIM ini dibebaskan dari 'tahanan' spambot. Mungkin secara kebetulan atau ada pihak yang tak senang duduk dengan isi kandungan blog ini yang menggunapakai identiti KLMUSLIM. Almaklum sajalah perkhidmatan blog ini di miliki siapa? Apa apa pun, saya bersyukur ianya telah kembali di izinkan beroperasi seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah Ya Rabbi. Sempena terupayanya diri ini kembali menulis di laman blog saya yang amat saya rindui ini iaitu dapat menulis semula didalam Bahasa Melayu, makanya saya ingin menyentuh tentang perlunya Umat Islam terutama yang hidup di tanahair ini menghargai nikmat keimanan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang dikurniakan kepada kita, hamb