Catatan

4 Perkara Asas untuk mendapatkan Ikhwan Allah.Bhgn ke2

Imej
Hadith riwayat dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu bermaksud : "Barangsiapa yang menyintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah, berkawan kerana Allah dan bermusuhan demi Allah, Insya Allah akan dapat menjadi ikhwan Allah. Ikhwan bermakna ' sahabat '. Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dapat saya menyambung tulisan awal tentang 4 perkara asas untuk melayakkan kita mendapat Ikhwan Allah. Bab awal telah saya nyatakan tentang ganjaran orang yang menyintai seseorang lain hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah Ar Rahman Ar Rahim. Seterusnya cuba kita lihat perkara membenci kerana Allah. Kita harus selidiki dahulu tentang apa yang dimaksudkan dengan membenci sesuatu atau seseorang kerana Allah. Tidaklah disuruh kita membenci semberono sahaja tanpa usul periksa dan mengetahui hakikat sebenarnya. Banyak perkara yang kita sedia maklum perlu dibenci dan dihindari sebaik mungkin. Kita disuruh mengelakkan diri bergaul dengan seseorang yang buruk perangai, peribadi

4 Perkara Asas untuk mendapatkan Ikhwan Allah.

Imej
Assalamualaikum semua. Salam perkenalan dari hamba yang menyahut seruan segelintir yang mahukan hamba menulis didalam Bahasa Melayu tentang warisan kita, Islam Ad Deenul Haqq dan menyatakan tentang hal ehwal semasa yang berkaitan kehidupan duniawi dan Insya Allah, akhirat kita. Barang yang baik dan benar semuanya dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan sebarang kesilapan didalam nukilan saya ini adalah dari kelemahan saya sendiri. Harap dapat menegur dan membimbing saya sekiranya ada yang saya tersasar. Terimakasih. Hadith riwayat dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu bermaksud : "Barangsiapa yang menyintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah, berkawan kerana Allah dan bermusuhan demi Allah, Insya Allah akan dapat menjadi ikhwan Allah. Ikhwan bermakna ' sahabat '. Tanpa adanya 4 perkara tersebut, tiada siapa yang akan dapat merasai kemanisan Iman, walaupun ianya seorang yang ta'at bersolat dan berpuasa. Manusia zaman ini berhubungan dan berkasih sayang h