Catatan

Umat Islam perlu menghargai Keistimewaan Iman.

Imej
Assalamualaikum semua. Tak semena mena blog KLMUSLIM ini menjadi mangsa spambot Google. Maka terpaksa bersabar lah saya sementara menanti pihak Blogger membaiki keadaan. Bukan nya blog saya saja yang menjadi mangsa begini malah berjuta juta blog yang lain di internet. Alhamdulillah, baru sebentar tadi blog KLMUSLIM ini dibebaskan dari 'tahanan' spambot. Mungkin secara kebetulan atau ada pihak yang tak senang duduk dengan isi kandungan blog ini yang menggunapakai identiti KLMUSLIM. Almaklum sajalah perkhidmatan blog ini di miliki siapa? Apa apa pun, saya bersyukur ianya telah kembali di izinkan beroperasi seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah Ya Rabbi. Sempena terupayanya diri ini kembali menulis di laman blog saya yang amat saya rindui ini iaitu dapat menulis semula didalam Bahasa Melayu, makanya saya ingin menyentuh tentang perlunya Umat Islam terutama yang hidup di tanahair ini menghargai nikmat keimanan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang dikurniakan kepada kita, hamb

"Minah Tudung" tapi berperangai macam jahiliyah dsbnya!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jika kita melihat videoklip ini yang diusahakan oleh beberapa mahasiswa UiTM, memang terasa kelakar dan agak keterlaluan didalam penyampaian mesej mereka tetapi harus kita akui bahawa remaja dan wanita muda Melayu beragama Islam sekarang agak jahil didalam menjaga peribadi mereka walaupun mereka bertudung! Setiap hari, bagi kita yang hidup dizaman serba mencabar ini, agak tidak salah kalau kita katakan sebilangan besar dari kalangan kaum Melayu Muslim sekarang seolah teramat jahil tentang tatasusila dan adat resam turun temurun bangsa Melayu sendiri. Memang menyakitkan hati melihat gelagat anak anak muda sekarang terutamanya remaja remaja perempuan Melayu dan juga wanita muda memperagakan diri masing masing , memakai tudung tetapi tidak bersopan didalam perbuatan mereka. Ada yang bertudung tetapi berseluar 'jeans ketat' bagaikan sarung nangka, memperlihatkan bentuk susuk tubuh mereka secara terang terangan. Teramat susah kah zaman ini

Talqin - Baca'an didalam Bahasa Melayu

Imej
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. Wahai (simati........... Bin (nama IBU simati), Wahai (simati........... Bin (nama IBU simati) Wahai (simati........... Bin (nama IBU simati) Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah de

Imam dan Khatib perlu bermuzakarah dgn jamaah selepas solat

Imej
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Semoga tuan tuan dan puan puan berkeadaan sihat sejahtera bersama ahli keluarga nan tercinta. Amin Ya Rabbal Alamin. Hari ini, saya hendak menyentuh tentang keperluan para Imam dan Khatib meluangkan masa barang setengah jam ke apa selepas setiap solat fardhu berjamaah dan juga solat Jumaat, untuk memberi peluang para jamaah bertanya lebih lanjut tentang sebarang kemusykilan agama atau hal hal bersangkutan dengan tajuk khutbah Jumaat. Bukan lah cadangan ini bertujuan mengadakan satu perkara baru didalam beragama namun keadaan umat Islam masakini memerlukan pendekatan baru menangani gejala kejahilan Ummah didalam mengharungi desakan desakan dan cabaran kehidupan didunia serba mencabar sejak kebelakangan ini. Ramai diantara kita yang kurang faham dan tidak jelas tentang hukum hakam Agama Islam dan hidup ikut suka hati mereka sahaja tanpa mempedulikan soal halal, haram, wajib, sunat, makruh dan sebagainya. Kita dapat melihat pelbagai kepincangan

Riddah (murtad) dan persoalannya menurut Islam

Imej
Assalamualaikum wahai Muslimin Muslimat sekelian. Saya menjemput anda membaca tentang peristiwa akhir zaman yang mencabar kedaulatan keimanan dan akidah kita semua. Jemput juga melayari tulisan saya tentang bahaya IFC disini. Insya Allah, semoga dapat dijadikan sebagai iktibar. Sebar sebarkan perkara ini kepada semua. Wabillahi taufeek walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Zainol Abideen 016-3969881 MAHAGURU58 Dari Harakah Daily.Net Sabtu 9 Jun 2007 | 23 Jamadil Awal 1428 Hijrah Riddah (murtad) dan persoalannya menurut Islam Ustaz Zainudin Hashim Wed | May 30, 07 | 01:17:56 PM Pendahuluan Firman Allah SWT berhubung dengan gejala riddah berdasarkan ayat 217 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia dalam keadaan kafir (ingkar), maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka k