Selasa, 5 Ogos 2008

Mensyukuri Nikmat Iman oleh Zainol Abideen













Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, saudara seagama dengan saya sekelian.

Do'a saya agar anda semua didalam keadaan sihat wal'afiat bersama ahli keluarga tercinta.

Bagi yang berseorangan, saya ingin memperingatkan anda bahawa anda tidak bersendirian sebenarnya.

Anda senantiasa didampingi Malaikat malaikat Allah, Raqib dan Atid Alaihis Salam. Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri berfirman bahawa Ianya teramat hampir dengan kita, iaitu hanya sedo'a sahaja jarakNya dari kita.

Maka bergembira lah kamu wahai sahabat seagamaku. Allah Tuhan Semesta Alam sentiasa bersama kita dan amat menyayangi kita sebenarnya.

Jika Allah tidak menyayangi kita, Allah tidak akan membuang masa dengan mencipta kita ini.

Saudara saudari seIslam dengan saya.

Tajuk perbincangan saya kali ini adalah mengenai mensyukuri nikmat Iman.

Ingin saya menyampaikan kepada anda Do'a Bersyukur untuk kita sama sama mengamalkan do'a ini bila kita terasa keperluan bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla pada bila bila masa:

' Ya Rabbi lakal hamdu. Kama yanbaghii lija laali waj hika wa azhiimi sulthanik!'

maksudnya:

'Ya Tuhanku! bagi Engkaulah segala puji, sebagaimana mestinya demi keagungan WawasanMu dan demi kebesaran kekuasaan Mu!'

Yang membaca do'a ini akan dituliskan sebagaimana dia ucapkan nanti bila ia datang menghadap Allah sendiri akan langsung memberikan pahalanya.

Satu lagi Do'a Bersyukur yang molek dibaca selalu adalah:

'Allahumma maa ash baha bii; min ni'matin, au bi ahadin min khalqika, fa minka wahdaka, laa syariika laka, falakal hamdu wa la kasy syukru!'

maksudnya:

'Ya Tuhanku, apa yang ternyata menjadi nikmat buat diriku, atau buat siapa sahaja dari makhlukMu, itu adalah dari Hadhrat Mu semata Yang Tunggal tanpa sekutu, maka bagiMu segala pujaku dan bagiMu lah segala rasa syukur!'.

Barangsiapa yang membaca do'a ini pada waktu siang, seolah ia telah bersyukur pada Allah sepanjang waktu siang hari itu dan bagi mereka yang membacanya pada waktu malam, seolah ia bersyukur pada Allah sepanjang malam.

'Allahumma lakal hamdu syukran wa lakal mannu fadhlan!'

maksudnya:

'Ya Tuhanku! BagiMulah semua puja dan puji sebagai tanda bersyukur dan bagi Engkaulah segala kebajikan sebagai tanda kurniaMu.'

Tuan tuan dan puan puan, Muslimin dan Muslimat sekelian.

Nikmat hidup sebagai Muslim ini memang tak terhingga dan tak terkira betul.

Bayangkanlah kita hidup bertuhankan Allah Ar Rahman Ar Rahim, Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

Kita diselamatkan Allah dari menyembah sebarang makhluk ciptaan Nya dan kita terselamat dari memuja dan memuji segala syaitan dan iblis laknatullah mahupun patung patung berhala buatan manusia seperti kita dan tidak perlu membakar colok, membakar kemenyan, menyapu abu ke dahi dan berlutut pada sebarang patung atau lukisan ciptaan orang.

Cara hidup kita dijamin bersih dan berhemah tinggi serta mulia.

Bayangkan tuan tuan dan puan puan semua.

Bila bangun dari tidur sahaja, kita ada peraturan yang ditetapkan oleh Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Kita disarankan membaca Do'a Bangun Tidur.

'Alhamdulillah hillazi ahya naa ba'da maa amaatanaa wa ilaihi nusyuur'.

bermaksud:

'Alhamdulillah. Tuhan telah menghidupkan kita sesudah mati (tidur) dan kita bangun lagi untuk berbakti kepadaNya.'

Ada beza bangun kita dari bangunnya orang orang kafiir. Kita bersyukur kepada Allah yang teah menghidupkan kita kembali selepas kita tidak sedarkan diri, tertidur dan kembali ke alam ruh. Jasad kita masih bernyawa dengan Izin Allah. Manakala ruuh kita berawang awangan, masuk ke alam mimpi. Ini hakikat kehidupan kita saudara sekelian.

Bilamana kita bersyukur kepada Allah disaat sesudah bangun tidur, kita memulakan hari kita dengan ibadah. Do'a tadi adalah satu ibadah.

Insya Allah, dosa dosa kita terampun pada saat kita bertawadhuk kepada Ar Rahman.

Betapa beruntungnya manusia Muslim bila ia bersyukur kepada Tuhannya dan Tuhannya memberikan ia peruntukan rezeki bagi nya pada hari itu.

Bilamana seseorang Muslim itu memulakan paginya dengan zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir, maka baginya akan diberikan Allahu Ta'ala segala macam rezeki dan dijauhkan segala macam mala petaka yang telah ditakdirkan baginya hari itu.

Saya berkata begini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan sudah bermacam peristiwa yang terjadi didalam hidup saya sendiri membuatkan saya bertambah yakin dan percaya akan Rahmat Allah.

Segalanya berlaku dengan izin Allah! Bukankah begitu saudaraku sekelian?

Manakan berlaku sesuatu tanpa izin Allah?

Cukup lah Allah bagiku dan anda sekelian.

Mata dah mengantuk ni. Insya Allah akan saya sambung lagi bila berkesempatan.

Do'akan saya tuan tuan dan puan puan. Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamaualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Read more...

Khamis, 24 Julai 2008

Solat Cara Rasulullah SAW- Siri Video Penerangan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari, tuan tuan dan puan puan.

Berikut adalah Program Mempelajari Cara Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam mendirikan Solat:

Bahagian Pertama (1)

Bahagian Kedua (2)

Bahagian Ketiga (3)


Bahagian Keempat (4)

Bahagian Kelima (5)

Bahagian Keenam (6)

Bahagian Ketujuh (7)

Bahagian Kelapan (8)

Bahagian Kesembilan (9)

Bahagian Kesepuluh (10)

Bahagian Kesebelas (11)

Bahagian Keduabelas (12)


Semoga panduan cara solat ini dapat membimbing kita semua dan memperkukuhkan pengetahuan semua penonton program ini didalam ibadah Solat, kunci kejayaan setiap Muslim.

Amin.

Read more...

Jumaat, 11 April 2008

Shahadah oleh wanita wanita Sepanyol depan Syeikh Hisham



Saksikan pengucapan Shahadah oleh wanita wanita Kristian Sepanyol yang memeluk Agama Islam nan Maha Suci dihadapan Syeikh Hisham Kabbani, seorang dari pemimpin Tariqat Naqsyabandi di Sepanyol.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan Taufik dan Hidayah Nya kepada mereka dan kita semua.

Amin.

Read more...

Selimut Putih oleh Orkes El Suraya dari Medan, Indonesia.



Assalamualaikum semua.

Ini salah satu lagu nasyid yang saya amat gemari kerana membawa peringatan tentang hakikat maut yang pasti datang menjemput kita kembali ke Rahmat Allah satu hari nanti.

Hayatilah maksud senikata lagu nasyid ini yang amat tepat dan berunsur nasihat.

"Sadar lah diri tahu diuntung sebelum masa keranda di usung!"

Antara bait bait yang pasti menusuk jiwa mereka yang mahu insaf terhadap lautan dosa yang telah dilakukan?

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati penyanyi penyanyi nasyid ini yang telah menyampaikan dakwah mereka dengan begitu berkesan ini!

Amin.

Read more...

Jumaat, 4 Januari 2008

Umat Islam perlu menghargai Keistimewaan Iman.





Assalamualaikum semua.

Tak semena mena blog KLMUSLIM ini menjadi mangsa spambot Google. Maka terpaksa bersabar lah saya sementara menanti pihak Blogger membaiki keadaan. Bukan nya blog saya saja yang menjadi mangsa begini malah berjuta juta blog yang lain di internet.

Alhamdulillah, baru sebentar tadi blog KLMUSLIM ini dibebaskan dari 'tahanan' spambot. Mungkin secara kebetulan atau ada pihak yang tak senang duduk dengan isi kandungan blog ini yang menggunapakai identiti KLMUSLIM.

Almaklum sajalah perkhidmatan blog ini di miliki siapa? Apa apa pun, saya bersyukur ianya telah kembali di izinkan beroperasi seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah Ya Rabbi.

Sempena terupayanya diri ini kembali menulis di laman blog saya yang amat saya rindui ini iaitu dapat menulis semula didalam Bahasa Melayu, makanya saya ingin menyentuh tentang perlunya Umat Islam terutama yang hidup di tanahair ini menghargai nikmat keimanan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang dikurniakan kepada kita, hamba ciptaan Nya!

Iman, tuan tuan dan puan puan teramat besar nilainya bilamana nyawa kita sudah berada di kerongkongan tenggorok kita di saat tibanya ajal kita untuk berpisah dari bumi yang fana ini.

Lazimnya manusia zaman sekarang teramat mudah alpa tentang iman dan amal untuk kekal sebagai seorang Muslim.

Ramai diantara umat Islam di Malaysia ini yang seakan keliru tentang perkara perkara halal dan haram didalam urusan seharian mereka.

Tuan tuan dan puan puan mesti ada ternampak bukti kejahilan anak anak muda Islam zaman sekarang yang mudah terikut ikut budaya songsang dari Amerika dan negara negara barat dikota kota raya negara kita dan juga di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Apa sebab dan punca keruntuhan akhlak dan kejahilan ini?

Pada pendapat saya ada pelbagai punca dan musabab kenapa anak anak muda remaja Muslim sekarang menjadi buta agama dan tuli adat resam turun temurun?

Salah satu punca nya adalah anak anak sekarang tidak di bentuk menurut acuan dahulu. Sekarang ini kebanyakan ibubapa terutama mereka yang berpelajaran tinggi selalunya tidak meneruskan adat resam dahulu yang didalam cara lama yang mungkin nampak ketinggalan zaman sebenarnya ada maksud dan pengajaran budi bahasa yang tersembunyi.

Ini bukan bahan gurauan seperti yang kita lihat pengacara tv Aznil Hj Nawawi mempersendakan sesetengah adat resam tradisional Melayu didalam rancangan hiburannya 'Macam Macam Aznil' di tv baru baru ini.

Tak perlu musuh orang orang Melayu untuk menjahanamkan orang orang Melayu.

Didalam bangsa sendiri pun dah ramai musuh didalam selimut seperti manusia itu yang didalam bergurau senda tidak mengerti kemusnahan jangka panjang yang menjadi hasil senda gurauan nya itu.

Ini lah contoh petualangan segelintir dari para penghibur Melayu yang bersifat bagaikan 'kaduk naik junjung' atau 'kacang lupakan kulit'.

Melayu begini lebih gemar mencelup rambut rambut yang sudah beruban menjadi warna perang kekuningan didalam usaha menyerupai rambut orang orang barat.

Mereka malu menjadi Melayu. Mereka malu dikenali sebagai orang orang Islam.

Bukan setakat rambut sahaja yang dicelup, Melayu yang lupa diri ini akan juga memakai kanta sesentuh yang berwarna biru atau hijau bagi menutupi retina mata mereka yang berwarna perang semulajadi.

Semua ini berdasarkan rasa tidak sempurna anggota tubuh badan mereka menurut pandangan bahawa segala apa sahaja yang datang dari Barat itu hebat dan jatidiri sebagai seorang Melayu itu teramat hina bagi bangsa yang mahu menjadi umang umang ini.

Indoktrinisasi minda bermula sejak dari mereka kecil lagi. Kanak kanak Melayu disajikan dengan hidangan mata, telinga dan otak dengan rancangan rancangan kartun dan hiburan sepanjang masa oleh pihak penyiar radio televisyen negara 24jam sepanjang masa.

Hasil pembentukan minda dari peringkat asas ini berhasil melahirkan beratus ribu kanak kanak Melayu yang agak bingung tentang mana satu cara hidup yang ia perlu ikut dan yang mana satu cara hidup yang perlu dijauhi.

Malangnya ramai lagi yang melebihkan budaya Barat dari Budaya Islam yang lebih adil dan saksama.

Akan di sambung.

Read more...