Khamis, 31 Mei 2007

4 Perkara Asas untuk mendapatkan Ikhwan Allah.Bhgn ke2














Hadith riwayat dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu bermaksud :

"Barangsiapa yang menyintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah, berkawan kerana Allah dan bermusuhan demi Allah, Insya Allah akan dapat menjadi ikhwan Allah. Ikhwan bermakna 'sahabat'.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, dapat saya menyambung tulisan awal tentang 4 perkara asas untuk melayakkan kita mendapat Ikhwan Allah.

Bab awal telah saya nyatakan tentang ganjaran orang yang menyintai seseorang lain hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah Ar Rahman Ar Rahim.

Seterusnya cuba kita lihat perkara membenci kerana Allah. Kita harus selidiki dahulu tentang apa yang dimaksudkan dengan membenci sesuatu atau seseorang kerana Allah.

Tidaklah disuruh kita membenci semberono sahaja tanpa usul periksa dan mengetahui hakikat sebenarnya.

Banyak perkara yang kita sedia maklum perlu dibenci dan dihindari sebaik mungkin. Kita disuruh mengelakkan diri bergaul dengan seseorang yang buruk perangai, peribadi dan rosak akhlak serta pekertinya kerana besar kemungkinan, kita akan turut terpengaruh dan terikut pula kelaziman si buruk laku itu.

Rata rata manusia zaman sekarang sudah ramai yang berkata celupar , berbahasa kasar dan lucah serta memaki hamun seseorang ikut suka hati mereka tanpa ada keperluan atau sebab untuk mereka berbahasa sebegitu.

Apatah lagi di dalam laman internet ini dimana orang yang tidak mengenali kita secara peribadi, namun kerana tidak puas hati dengan tulisan kita serta pandangan dan pendapat kita, teramat mudah mencerca kita begitu begini, menambah dosa mereka secara percuma.

Nah, ini contoh manusia yang membenci kita yang sebenarnya tidak ada sebarang permusuhan peribadi dengan mereka secara individu.

Bagi saya, saya serahkan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Tak kuasa saya untuk berperang mulut dengan manusia sebegitu yang saya sendiri tidak pernah bersua muka atau berhubung melalui emel atau ruang komen blog atau laman mereka.

Teringat pesanan Nabi Isa Alaihi Salam, ' Jangan lah kamu kalungkan mutiara keleher khinzir'.

Maka nasihat itu membawa maksud, tidak perlu lah kita membuang masa cuba menasihati mereka yang hatinya penuh benci dan terikut runtunan hawa nafsu amarah disebabkan ketidakfahaman mereka tentang perkara sebenar yang cuba kita terang dan sampaikan.

Ini adalah keadaan semasa ini. Tidak berubah keadaan ini sama semasa zaman para Nabi dan Anbiya. Kita ni siapa? Cuma debu dunia.

Sedangkan para nabi dan rasul tidak diendahkan dan dicemuhi oleh sang pembenci , maka apa nak diherankan tentang reaksi mereka yang tidak sedar atau mahu memahami apa dia sebenarnya yang cuba kita sampaikan?

Saya sekadar boleh memilih sahaja dengan siapa yang mahu saya berinteraksi dan berbalas kata. Kita kan mempunyai pilihan. Pilihlah yang baik dan jauhi yang buruk.

Begitu juga tuan tuan dan puan puan. Usah lah melayan kerenah mereka yang tertutup ruang hati mereka akibat tersalah faham tentang apa itu Islam sebenarnya dan apa yang mereka tersalah sangka.

Saya tidak membenci orang orang bukan Islam secara mutlak. Malah saya kasihan. Sayang, ada diantara orang orang bukan Islam itu yang saya kenal lebih baik sikap dan sifatnya dari sesetengah orang orang Islam sendiri.

Sayangnya keadaan mereka itu kerana tidak mendapat kefahaman tentang apa sebenarnya itu Islam dan siapa sebenarnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tuhan kita dan juga mereka?

Jika keadaan membenarkan , maka orang orang kafir sebegini sekiranya dihampiri dan diberi ruang untuk belajar tentang hak mereka untuk menjadi hamba Allah yang sebenar, maka mereka ini terbukti boleh menjadi insan sebaik baik makhluk yang kita kenali.

Contoh contoh didepan mata kita terlalu banyak.

Cuba kita kaji semula sejarah Khalifah Islam kedua, Saiyidina Umar Al-Khattab. Pernah dikenali sebagai ketua samseng # 1 di Makkah al Mukarramah. Kaki pukul, kaki minum dan Gengstar #1. Tak ada siapa di Makkah ketika itu yang berani berdepan dengan Umar Al-Khattab.

Saiyidina Umar yang pernah menghunus pedang berjalan mencari Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam untuk dipancungnya kepala Nabi sebab kununnya menjadi punca kepada perpecahan dikalangan orang orang Arab Quraisyh.

Tuan tuan semua tahu kesudahan ceritanya. Dari menjadi musuh Nabi yang teramat berbahaya, Umar al Khattab berubah menjadi pelindung Nabi # 1 selepas Saiyidina Abu Bakar As Siddiq dan Saiyidina Ali Ibni Abi Talib serta paman Nabi Saiyidina Hamzah. Semua pejuang pejuang Islam terkenal dan dikenang sampai kini.

Banyak benda perlu kita benci. Salah satu nya adalah amarah. Saya tahu lah kerana pada satu ketika dahulu saya ada ciri ciri sama seperti Umar Al Khattab. Kepala degil, kaki perongos dan bak kata orang putih ' a tripwire'.

Lambat lepa , silap cakap atau tegor, maka bertelor lah dahi yang menjadi musuh saya. Itu zaman jahiliyah saya. Zaman dimana akal mengambil tempat kedua selepas amarah. ni puak puak ni yang sedap memaki hamun kita, bercaci maki kita di balik laman web, tak kenal kita sebenarnya.

Minta simpang le kalau berdepan muka. Ada baru baru ini, saya berkesempatan hadir di majlis penulis penulis blog. Ada yang saya tidak lah kenal secara peribadi sebelum ini dan secara alami saya ini memang cepat mesra. Siap peluk arab lagi!!!

Sesudah majlis itu, maka terbaca ada lah sipolan ini yang berkata Mahaguru58 terlebih 'friendly'. Hehehehe...manakan saya tahu siapa sipolan itu dalam artikata sebenar.

Sesudah saya membaca semula penulisan penulisan beliau yang lampau, maka sadarlah kita yang kita anggap saudara seagama ada rencana nya tersendiri. Jika kita tahu pada awalnya siapa yang begitu begini, tak adalah kita beriya benar nak bermesra.

Ish..ish..ish..nak jadi baik pun susah nampaknya. Sayang, sikap manusia yang terlalu mudah untuk membenci dan tidak sedar tentang perlunya bermuhasabah diri.

Hendak sombong tak tentu pasal apa kesudahannya? Silap haribulan, tak sempat mengucap. Mati mengejut dengan dosa berburuk sangka bersarang dihati! Ajal maut senantiasa berlegar disekeliling kita.

Baca sajalah akhbar dan media massa yang ada. Manusia mati bermacam cara. ada yang dirempuh lori treler , ada yang terbabas ketika memandu, ada yang mati sambil tertidur dan sebagainya.

Tidak payahlah bersengketa sesama manusia. Tak ada faedahnya. Si Azalina Jailani punya pasal, satu dunia heboh berkata begitu begini mencaci kita, umat Islam dan kerajaan Malaysia.

Macamlah kita menyekat mereka yang bukan Islam dari sembah tokong dan segala benda atau kita tolak gereja yang ada dengan bulldozer dan sebagainya.

Heboh tak tentu pasal. Ini lah punca retak yang boleh membawa kepada terbelah.

Umat Islam di Malaysia ini sendiri sudah terganggu gugat dengan segala perkara menyeleweng dan ajaran ajaran sesat, hendak ditambah pula masaalah dengan gejala gejala murtad! Na'uzubillah!

Maka kita sebagai umat Islam hendaklah membenci pada perkara perkara yang patut.

Kita patut benci mereka yang dangkal ilmu agamanya serta degil mengakui kesilapan mereka, lantas mahu hanyut ke alam kekufuran yang telah sedia Allah SWT mengancam dengan siksaan api neraka yang teramat pedih azabnya.

Kita perlu benci akan kejahilan anak anak muda sekarang yang tidak faham tentang tuntutan agama Islam nan suci serta jauh hanyut terikut budaya songsang yang membawa kepada keruntuhan moral dan gejala maksiat yang semakin bermaharajalela.

Kita wajib benci akan sikap sesetengah manusia dari kalangan kita sendiri yang berasa lebih bijak dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan RasulNya , lantang bersuara menuntut kebebasan beragama kononnya diatas tiket liberalisasi!

Liberal yang membawa kepada kehancuran masyarakat serta menjurus kepada kemusnahan diri secara peribadi dan negara secara amnya.

Insya Allah, akan saya sambung nanti.

Wabillahi taufeek wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Read more...

4 Perkara Asas untuk mendapatkan Ikhwan Allah.

Assalamualaikum semua.

Salam perkenalan dari hamba yang menyahut seruan segelintir yang mahukan hamba menulis didalam Bahasa Melayu tentang warisan kita, Islam Ad Deenul Haqq dan menyatakan tentang hal ehwal semasa yang berkaitan kehidupan duniawi dan Insya Allah, akhirat kita.

Barang yang baik dan benar semuanya dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan sebarang kesilapan didalam nukilan saya ini adalah dari kelemahan saya sendiri. Harap dapat menegur dan membimbing saya sekiranya ada yang saya tersasar. Terimakasih.













Hadith riwayat dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu bermaksud :

"Barangsiapa yang menyintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah, berkawan kerana Allah dan bermusuhan demi Allah, Insya Allah akan dapat menjadi ikhwan Allah. Ikhwan bermakna 'sahabat'.

Tanpa adanya 4 perkara tersebut, tiada siapa yang akan dapat merasai kemanisan Iman, walaupun ianya seorang yang ta'at bersolat dan berpuasa.

Manusia zaman ini berhubungan dan berkasih sayang hanya untuk tujuan duniawi namun ianya tidak akan berfaedah kepada mereka (di Hari Kiamat)".

Huraian hadith tersebut adalah :

  • Kita sebagai Muslim harus belajar menyingkirkan rasa iri hati sesama kita dan menyintai saudara seagama kita secara ikhlas , tegur menegur dan nasihat menasihati hanya kerana Allah.
  • Sekarang ini umat Islam semakin bersikap engkau engkau aku aku. Mereka lupa bahawa kita hidup didalam masyarakat. Baik buruk, sakit senang, mati hidup kita berkaitan rapat antara satu sama lain.
  • Bilamana berlaku sebarang musibah keatas jiran kita atau saudara kita, maka jatuh hukum wajib kita membantu sedaya kita. Mana boleh kita buat tak tahu saja? Berdosa kita mengabaikan tanggungjawab sesama jiran apatah lagi saudara seagama kita?
  • Zaman dahulu, umat Islam di Malaysia terkenal sebagai mereka yang prihatin dan mengambil tahu tentang satu sama lain.
  • Anak anak tidak berani berlaku mungkar sembarangan kerana sudah pasti akan ada orang tua sekeliling yang bingkas menegur mereka serta memaklumkan kepada ibubapa berkenaan.
  • Keadaan itu kini sudah tidak menjadi kelaziman lagi. Masing masing dengan hal ehwal mereka sendiri melainkan bila ditimpa musibah dan kecelakaan. Maka ketika itu, hilanglah egonya, hilanglah takburnya terhadap tetangga; sibuk mengetuk pintu orang meraung menjerit meminta tolong!
  • Bila berlaku kematian, maka bolehkah sisombong tadi menguruskan jenazahnya sendiri?
  • Kalau tidak ada orang yang prihatin kan kehilangan dirinya, maka mayatnya akan busuk berulat dan menimbulkan keadaan yang teramat tidak selesa bagi sang tetangga. Lalu dilaporlah kepada pihak polis dan mengadu hal bau busuk dan meloyakan tersebut. Maka bilamana polis datang memecah masuk mencari punca bau busuk itu, barulah terjumpa mayat berulat sipolan yang sekian lama hidup berjiran tidak pernah bertegur sapa, bersalam mesra atau senyum sekalipun selama hayatnya pada tetangga. Apa kita mahu keadaan kita jadi sampai begitu sekali kerana sombong tak kena tempat?
  • Hendak mengangkat janaazah sedemikian pun, teramat lah siksa kepada petugas polis tersebut kerana busuknya mayat manusia teramatlah meloyakan dan walau mandi berkali kali susah menanggalkan bau yang begitu tengik sekali! Tanyalah pada polis yang anda kenal?
  • Bercinta dan berkasih sayang itu naluri semulajadi manusia yang diciptakan Allah sedemikian keadaan kita.
  • Hanya 1 dari sifat rahmah Allah SWT diperturunkan kepada kita dan sekelian makhlukNya. Selebihnya 99 sifat rahmah dan kasih sayang Allah itu disimpan untuk diperturunkan kepada kita di Yaum al Qiyamah.
  • Namun manusia sekarang teramatlah sombong dan bongkak, kufur terhadap nikmat Ilahi.
  • Dengan sombong ada yang menidakkan keujudan Allah! Mereka berfikir bahawa mereka itu terbit begitu sahaja tanpa adanya Sang Pencipta.
  • Walau sehelai bulu hidung sekalipun manusia tidak terdaya menciptanya. Manusia cuma boleh mengolah sesuatu dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain dan tidak terdaya mencipta ruh atau nyawa. Itu adalah Hak Allah.
  • Hari ini, manusia begitu sombong mendabik dada berkata segala sesuatu itu terhasil dari evolusi dan manusia berasal dari monyet.
  • Memang, bagi saya mereka yang berkata sedemikian itu amatlah layak memperaku sedemikian namun kasihan pula kita dengan monyet yang tidak berdosa di anggap datuk moyang manusia durjana sebegitu.
  • Maka tak sampai hati lah kita hendak memfitnah monyet monyet yang tidak ada kena mengena dengan golongan kafir laknatullah sedemikian. Biarlah mereka terus tenggelam didalam khayalan mereka sendiri.
  • Bila sampai waktu dan saat kematian mereka , akan terbukti lah kepada mereka janji janji Allah. Qullu nafsin iza iqatul maut. Setiap yang bernyawa pasti kan mati. Ini hakikat.
Kita sebagai umat Islam harus peka terhadap cubaan cubaan kaum musyrikin mengadu domba dan melaga lagakan kita dengan perkara perkara berkaitan dengan kebebasan beragama.

Manusia terhutang nyawa dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dia lah yang menciptakan kita dari setitis air mani dan memberikan kita tubuh badan kita serta akal fikiran untuk digunakan memilih diantara yang Haqq dan menjauhi yang Batil.

Allah SWT tidak membiarkan kita terkatung katung tercari cari arah tujuan dan matlamat hidup kita begitu saja.

Allah SWT menyayangi kita manusia ini dengan mengirim kepada umat manusia beratus ribu para nabi dan 5 Rasul yang muktabar. Jumlah para utusan Allah ini dinyatakan oleh para ulamak menjangkau 124,000 orang kesemuanya dan ada yang berjaya didalam menyampaikan risalah tauhid kepada umat mereka dan ada yang gagal.

Selami lah lautan ilmu yang ada didalam Al Qur'an Al Karim serta pelajarilah tentang apa yang di tinggalkan oleh Khatamun Nabi kita, Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam didalam Hadith hadith sahih Baginda.

Usah terleka dengan gejolak hawa nafsu yang memendekkan akal dan menyemarakkan rasa kufur dan ujub terhadap diri sendiri. Kita ni apa sangat? Manusia yang bilamana sampai saat dan ketika kematian kita tak dapat mengawalkan barang sesaat atau melengahkan sesaat bilamana ruh kita akan dicabut oleh Malaikatul Maut, Saiyidina Izra'il Alaihissalam.

Maka, usahalah terlalu megahkan diri ini. Bilamana ruh sudah sampai kehalkum, terbeliak biji mata, terasa teramat pedih dan sakit merasakan sakaratul maut bilamana ruh itu direntap keluar dari setiap urat saraf diri kita ini sesakit dicantas dengan pedang sebanyak 300 kali!!!

Masih mahu sombong kah kita terhadap Rabbul Jalil? Tercucuh api mancis sekalipun kita sudah menggelitik kesakitan, tidak takutkah kita terhadap sambaran api neraka yang tersedia membakar sekelian yang ada walau batu sekalipun cair hilang begitu sahaja berzaman zaman sedia menanti manusia dan jinn yang engkar dan kufur terhadap Allah, Tuhan Semesta Alam.

Insya Allah...bersambung selepas ini.

Wabillahi taufeek walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Read more...