4 Perkara Asas untuk mendapatkan Ikhwan Allah.
Assalamualaikum semua.
Salam perkenalan dari hamba yang menyahut seruan segelintir yang mahukan hamba menulis didalam Bahasa Melayu tentang warisan kita, Islam Ad Deenul Haqq dan menyatakan tentang hal ehwal semasa yang berkaitan kehidupan duniawi dan Insya Allah, akhirat kita.
Barang yang baik dan benar semuanya dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan sebarang kesilapan didalam nukilan saya ini adalah dari kelemahan saya sendiri. Harap dapat menegur dan membimbing saya sekiranya ada yang saya tersasar. Terimakasih.
Hadith riwayat dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu bermaksud :
"Barangsiapa yang menyintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah, berkawan kerana Allah dan bermusuhan demi Allah, Insya Allah akan dapat menjadi ikhwan Allah. Ikhwan bermakna 'sahabat'.
Tanpa adanya 4 perkara tersebut, tiada siapa yang akan dapat merasai kemanisan Iman, walaupun ianya seorang yang ta'at bersolat dan berpuasa.
Manusia zaman ini berhubungan dan berkasih sayang hanya untuk tujuan duniawi namun ianya tidak akan berfaedah kepada mereka (di Hari Kiamat)".
Huraian hadith tersebut adalah :
Manusia terhutang nyawa dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dia lah yang menciptakan kita dari setitis air mani dan memberikan kita tubuh badan kita serta akal fikiran untuk digunakan memilih diantara yang Haqq dan menjauhi yang Batil.
Allah SWT tidak membiarkan kita terkatung katung tercari cari arah tujuan dan matlamat hidup kita begitu saja.
Allah SWT menyayangi kita manusia ini dengan mengirim kepada umat manusia beratus ribu para nabi dan 5 Rasul yang muktabar. Jumlah para utusan Allah ini dinyatakan oleh para ulamak menjangkau 124,000 orang kesemuanya dan ada yang berjaya didalam menyampaikan risalah tauhid kepada umat mereka dan ada yang gagal.
Selami lah lautan ilmu yang ada didalam Al Qur'an Al Karim serta pelajarilah tentang apa yang di tinggalkan oleh Khatamun Nabi kita, Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam didalam Hadith hadith sahih Baginda.
Usah terleka dengan gejolak hawa nafsu yang memendekkan akal dan menyemarakkan rasa kufur dan ujub terhadap diri sendiri. Kita ni apa sangat? Manusia yang bilamana sampai saat dan ketika kematian kita tak dapat mengawalkan barang sesaat atau melengahkan sesaat bilamana ruh kita akan dicabut oleh Malaikatul Maut, Saiyidina Izra'il Alaihissalam.
Maka, usahalah terlalu megahkan diri ini. Bilamana ruh sudah sampai kehalkum, terbeliak biji mata, terasa teramat pedih dan sakit merasakan sakaratul maut bilamana ruh itu direntap keluar dari setiap urat saraf diri kita ini sesakit dicantas dengan pedang sebanyak 300 kali!!!
Masih mahu sombong kah kita terhadap Rabbul Jalil? Tercucuh api mancis sekalipun kita sudah menggelitik kesakitan, tidak takutkah kita terhadap sambaran api neraka yang tersedia membakar sekelian yang ada walau batu sekalipun cair hilang begitu sahaja berzaman zaman sedia menanti manusia dan jinn yang engkar dan kufur terhadap Allah, Tuhan Semesta Alam.
Insya Allah...bersambung selepas ini.
Wabillahi taufeek walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

- Kita sebagai Muslim harus belajar menyingkirkan rasa iri hati sesama kita dan menyintai saudara seagama kita secara ikhlas , tegur menegur dan nasihat menasihati hanya kerana Allah.
- Sekarang ini umat Islam semakin bersikap engkau engkau aku aku. Mereka lupa bahawa kita hidup didalam masyarakat. Baik buruk, sakit senang, mati hidup kita berkaitan rapat antara satu sama lain.
- Bilamana berlaku sebarang musibah keatas jiran kita atau saudara kita, maka jatuh hukum wajib kita membantu sedaya kita. Mana boleh kita buat tak tahu saja? Berdosa kita mengabaikan tanggungjawab sesama jiran apatah lagi saudara seagama kita?
- Zaman dahulu, umat Islam di Malaysia terkenal sebagai mereka yang prihatin dan mengambil tahu tentang satu sama lain.
- Anak anak tidak berani berlaku mungkar sembarangan kerana sudah pasti akan ada orang tua sekeliling yang bingkas menegur mereka serta memaklumkan kepada ibubapa berkenaan.
- Keadaan itu kini sudah tidak menjadi kelaziman lagi. Masing masing dengan hal ehwal mereka sendiri melainkan bila ditimpa musibah dan kecelakaan. Maka ketika itu, hilanglah egonya, hilanglah takburnya terhadap tetangga; sibuk mengetuk pintu orang meraung menjerit meminta tolong!
- Bila berlaku kematian, maka bolehkah sisombong tadi menguruskan jenazahnya sendiri?
- Kalau tidak ada orang yang prihatin kan kehilangan dirinya, maka mayatnya akan busuk berulat dan menimbulkan keadaan yang teramat tidak selesa bagi sang tetangga. Lalu dilaporlah kepada pihak polis dan mengadu hal bau busuk dan meloyakan tersebut. Maka bilamana polis datang memecah masuk mencari punca bau busuk itu, barulah terjumpa mayat berulat sipolan yang sekian lama hidup berjiran tidak pernah bertegur sapa, bersalam mesra atau senyum sekalipun selama hayatnya pada tetangga. Apa kita mahu keadaan kita jadi sampai begitu sekali kerana sombong tak kena tempat?
- Hendak mengangkat janaazah sedemikian pun, teramat lah siksa kepada petugas polis tersebut kerana busuknya mayat manusia teramatlah meloyakan dan walau mandi berkali kali susah menanggalkan bau yang begitu tengik sekali! Tanyalah pada polis yang anda kenal?
- Bercinta dan berkasih sayang itu naluri semulajadi manusia yang diciptakan Allah sedemikian keadaan kita.
- Hanya 1 dari sifat rahmah Allah SWT diperturunkan kepada kita dan sekelian makhlukNya. Selebihnya 99 sifat rahmah dan kasih sayang Allah itu disimpan untuk diperturunkan kepada kita di Yaum al Qiyamah.
- Namun manusia sekarang teramatlah sombong dan bongkak, kufur terhadap nikmat Ilahi.
- Dengan sombong ada yang menidakkan keujudan Allah! Mereka berfikir bahawa mereka itu terbit begitu sahaja tanpa adanya Sang Pencipta.
- Walau sehelai bulu hidung sekalipun manusia tidak terdaya menciptanya. Manusia cuma boleh mengolah sesuatu dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain dan tidak terdaya mencipta ruh atau nyawa. Itu adalah Hak Allah.
- Hari ini, manusia begitu sombong mendabik dada berkata segala sesuatu itu terhasil dari evolusi dan manusia berasal dari monyet.
- Memang, bagi saya mereka yang berkata sedemikian itu amatlah layak memperaku sedemikian namun kasihan pula kita dengan monyet yang tidak berdosa di anggap datuk moyang manusia durjana sebegitu.
- Maka tak sampai hati lah kita hendak memfitnah monyet monyet yang tidak ada kena mengena dengan golongan kafir laknatullah sedemikian. Biarlah mereka terus tenggelam didalam khayalan mereka sendiri.
- Bila sampai waktu dan saat kematian mereka , akan terbukti lah kepada mereka janji janji Allah. Qullu nafsin iza iqatul maut. Setiap yang bernyawa pasti kan mati. Ini hakikat.

Ulasan