"Minah Tudung" tapi berperangai macam jahiliyah dsbnya!



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jika kita melihat videoklip ini yang diusahakan oleh beberapa mahasiswa UiTM, memang terasa kelakar dan agak keterlaluan didalam penyampaian mesej mereka tetapi harus kita akui bahawa remaja dan wanita muda Melayu beragama Islam sekarang agak jahil didalam menjaga peribadi mereka walaupun mereka bertudung!

Setiap hari, bagi kita yang hidup dizaman serba mencabar ini, agak tidak salah kalau kita katakan sebilangan besar dari kalangan kaum Melayu Muslim sekarang seolah teramat jahil tentang tatasusila dan adat resam turun temurun bangsa Melayu sendiri.

Memang menyakitkan hati melihat gelagat anak anak muda sekarang terutamanya remaja remaja perempuan Melayu dan juga wanita muda memperagakan diri masing masing , memakai tudung tetapi tidak bersopan didalam perbuatan mereka.

Ada yang bertudung tetapi berseluar 'jeans ketat' bagaikan sarung nangka, memperlihatkan bentuk susuk tubuh mereka secara terang terangan.

Teramat susah kah zaman ini sehingga akal yang dikurniakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak mampu digunapakai oleh kebanyakan remaja dan wanita Melayu di negara ini bilamana bab menutup aurat secara di tuntut agama Islam nan suci, menjadi satu kepayahan bagi mereka?

Ada yang memakai seluar sendat dan mendedahkan sebahagian besar punggung dan celana dalam mereka mereka bilamana duduk dikhalayak umum TAPI bertudung!

Jahil apakah ini?

Ada pula yang bertudung tetapi cuma ditutup leher saja. Perhiasan seorang wanita bermakna bahagian payudara mereka tetapi kebanyakan wanita muda Melayu yang jahil teramat ini memikirkan cukup sekadar menutup rambut mereka saja dan menyelinapkan ekor tudung ke leher mereka dan ada pula yang membiarkan 'jambul' mereka terdedah.



Cuba tonton pula videoklip keluaran mahasiswi MMU diatas. Macam macam alasan dan terjemahan oleh mereka yang diantara jahil, keliru, salah tafsir, dan melampau pula didalam penampilan masing masing. Entah lah tuan tuan dan puan puan, nak kata pandai, bodoh ; nak kata bodoh, mahasiswi! Tanda tanda akhirul zaman , le gamaknya!

Ini baru budak budak remaja dan wanita muda Melayu yang jahil tentang cara cara memakai tudung yang sempurna dan menutup aurat mereka sesuai dengan tuntutan agama.

Namun, apa pulak hendak kita katakan tentang wanita wanita Muslim yang sudah lanjut usia dan merupakan isteri isteri kepada para pemimpin Melayu kita yang rata rata keluar dikhalayak umum dengan rambut 'style 60'an'?

Mereka ini nak dikatakan miskin melarat sehingga tak mampu untuk membeli sehelai kain tudung , tidaklah pulak!

Malahan kebanyakan mereka isteri isteri para pembesar negara dan ternyata golongan elit yang jutawan , hartawan, ketidaktahuan.

Ada dikalangan mereka ini yang berjawatan menteri dan pemimpin pemimpin pertubuhan wanita negara.

Sayangnya. mereka ini begitu jahil sekali terhadap seruan Allah SWT kepada wanita wanita yang beriman didalam Surah An Nur ayat 31.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Jadi nampaknya mereka yang mendedahkan rambut mereka, belahan dada mereka dan berjalan kehulu kehilir tanpa memakai tudung dengan sempurna terdiri dari kalangan mereka yang tidak beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Usah melatah lah ye, bilamana masyarakat umum menganggap bahawa semua yang dok togel kepala dan berpakaian seumpama kaffir sebagai itu!

Apatah lagi isteri Imam Islam Hadhari, Menteri Hal Ehwal Wanita, Menteri Perdagangan Antarabangsa, Menteri Belia dan Sukan Negara, Ketua Puteri UMNO, isteri Menteri Warisan dan Kebudayaan, isteri Menteri Pendidikan dan sewaktu dengannya sebagai mereka yang tidak akur, takut atau beriman dengan Allah Azza Wa Jalla!!!

Kasihan sungguh! Inilah dia manusia manusia yang kaya raya, berpangkat besar besar namun hakikatnya teramat miskin didalam hidup sebagai Muslim kerana tak mampu membeli kain tudung dan mengenakannya secara sempurna , menutup aurat masing masing sepertimana di perintah Allahu Akbar!

Yang menjadi kemusykilan bagi kita adalah apa sebenarnya yang sedang dilakukan sang suami manusia manusia jahil ini?

Takkan lah terkena penyakit 'TB' @ 'Takut Bini'? Entah lah dunia..dunia. Macam gini jadinya!

Cakap tentang Islam, gitu gini, bukan main berdegar degar lagi ...tapi hakikatnya cakap tak serupa bikin!

Ish...ish...ish..ish! Tak takut dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala nampaknya manusia sekarang!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Talqin - Baca'an didalam Bahasa Melayu

Mensyukuri Nikmat Iman oleh Zainol Abideen