Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2007

Riddah (murtad) dan persoalannya menurut Islam

Imej
Assalamualaikum wahai Muslimin Muslimat sekelian. Saya menjemput anda membaca tentang peristiwa akhir zaman yang mencabar kedaulatan keimanan dan akidah kita semua. Jemput juga melayari tulisan saya tentang bahaya IFC disini. Insya Allah, semoga dapat dijadikan sebagai iktibar. Sebar sebarkan perkara ini kepada semua. Wabillahi taufeek walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Zainol Abideen 016-3969881 MAHAGURU58 Dari Harakah Daily.Net Sabtu 9 Jun 2007 | 23 Jamadil Awal 1428 Hijrah Riddah (murtad) dan persoalannya menurut Islam Ustaz Zainudin Hashim Wed | May 30, 07 | 01:17:56 PM Pendahuluan Firman Allah SWT berhubung dengan gejala riddah berdasarkan ayat 217 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam), lalu dia mati sedang ia dalam keadaan kafir (ingkar), maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka k

4 Perkara Asas untuk mendapatkan Ikhwan Allah.Bhgn ke 3

Imej
Hadith riwayat dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu bermaksud : "Barangsiapa yang menyintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah, berkawan kerana Allah dan bermusuhan demi Allah, Insya Allah akan dapat menjadi ikhwan Allah. Ikhwan bermakna ' sahabat '. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Alhamdulillah, di pagi Juma'at nan mulia ini ada kesempatan lagi untuk saya menyambung tulisan saya ini tentang bab berkawan kerana Allah. Kita semua tahu maksud berkawan dan apa ertinya mempunyai kawan yang boleh membawa kita ke jalan kejayaan atau kehancuran. Berkawan itu memang amat dipuji dan digalakkan oleh fitrah alami. Manusia yang tidak suka berkawan selalunya hidup didalam ruang yang sunyi sepi dan boleh menjurus kepada penyakit mental dan dilanda kemurungan. Namun begitu, kita tidaklah boleh berkawan dengan sesiapa saja. Manusia adalah makhluk yang boleh berubah sikap dan sifatnya didalam sekelip mata. Manusia terdedah kepada hawa nafsu. Tida