Mensyukuri Nikmat Iman oleh Zainol Abideen
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tuan tuan dan puan puan, saudara seagama dengan saya sekelian. Do'a saya agar anda semua didalam keadaan sihat wal'afiat bersama ahli keluarga tercinta. Bagi yang berseorangan, saya ingin memperingatkan anda bahawa anda tidak bersendirian sebenarnya. Anda senantiasa didampingi Malaikat malaikat Allah, Raqib dan Atid Alaihis Salam. Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri berfirman bahawa Ianya teramat hampir dengan kita, iaitu hanya sedo'a sahaja jarakNya dari kita. Maka bergembira lah kamu wahai sahabat seagamaku. Allah Tuhan Semesta Alam sentiasa bersama kita dan amat menyayangi kita sebenarnya. Jika Allah tidak menyayangi kita, Allah tidak akan membuang masa dengan mencipta kita ini. Saudara saudari seIslam dengan saya. Tajuk perbincangan saya kali ini adalah mengenai mensyukuri nikmat Iman. Ingin saya menyampaikan kepada anda Do'a Bersyukur untuk kita sama sama mengamalkan do'a ini bila kita terasa keperluan bersyukur ke