Umat Islam perlu menghargai Keistimewaan Iman.





Assalamualaikum semua.

Tak semena mena blog KLMUSLIM ini menjadi mangsa spambot Google. Maka terpaksa bersabar lah saya sementara menanti pihak Blogger membaiki keadaan. Bukan nya blog saya saja yang menjadi mangsa begini malah berjuta juta blog yang lain di internet.

Alhamdulillah, baru sebentar tadi blog KLMUSLIM ini dibebaskan dari 'tahanan' spambot. Mungkin secara kebetulan atau ada pihak yang tak senang duduk dengan isi kandungan blog ini yang menggunapakai identiti KLMUSLIM.

Almaklum sajalah perkhidmatan blog ini di miliki siapa? Apa apa pun, saya bersyukur ianya telah kembali di izinkan beroperasi seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah Ya Rabbi.

Sempena terupayanya diri ini kembali menulis di laman blog saya yang amat saya rindui ini iaitu dapat menulis semula didalam Bahasa Melayu, makanya saya ingin menyentuh tentang perlunya Umat Islam terutama yang hidup di tanahair ini menghargai nikmat keimanan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang dikurniakan kepada kita, hamba ciptaan Nya!

Iman, tuan tuan dan puan puan teramat besar nilainya bilamana nyawa kita sudah berada di kerongkongan tenggorok kita di saat tibanya ajal kita untuk berpisah dari bumi yang fana ini.

Lazimnya manusia zaman sekarang teramat mudah alpa tentang iman dan amal untuk kekal sebagai seorang Muslim.

Ramai diantara umat Islam di Malaysia ini yang seakan keliru tentang perkara perkara halal dan haram didalam urusan seharian mereka.

Tuan tuan dan puan puan mesti ada ternampak bukti kejahilan anak anak muda Islam zaman sekarang yang mudah terikut ikut budaya songsang dari Amerika dan negara negara barat dikota kota raya negara kita dan juga di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Apa sebab dan punca keruntuhan akhlak dan kejahilan ini?

Pada pendapat saya ada pelbagai punca dan musabab kenapa anak anak muda remaja Muslim sekarang menjadi buta agama dan tuli adat resam turun temurun?

Salah satu punca nya adalah anak anak sekarang tidak di bentuk menurut acuan dahulu. Sekarang ini kebanyakan ibubapa terutama mereka yang berpelajaran tinggi selalunya tidak meneruskan adat resam dahulu yang didalam cara lama yang mungkin nampak ketinggalan zaman sebenarnya ada maksud dan pengajaran budi bahasa yang tersembunyi.

Ini bukan bahan gurauan seperti yang kita lihat pengacara tv Aznil Hj Nawawi mempersendakan sesetengah adat resam tradisional Melayu didalam rancangan hiburannya 'Macam Macam Aznil' di tv baru baru ini.

Tak perlu musuh orang orang Melayu untuk menjahanamkan orang orang Melayu.

Didalam bangsa sendiri pun dah ramai musuh didalam selimut seperti manusia itu yang didalam bergurau senda tidak mengerti kemusnahan jangka panjang yang menjadi hasil senda gurauan nya itu.

Ini lah contoh petualangan segelintir dari para penghibur Melayu yang bersifat bagaikan 'kaduk naik junjung' atau 'kacang lupakan kulit'.

Melayu begini lebih gemar mencelup rambut rambut yang sudah beruban menjadi warna perang kekuningan didalam usaha menyerupai rambut orang orang barat.

Mereka malu menjadi Melayu. Mereka malu dikenali sebagai orang orang Islam.

Bukan setakat rambut sahaja yang dicelup, Melayu yang lupa diri ini akan juga memakai kanta sesentuh yang berwarna biru atau hijau bagi menutupi retina mata mereka yang berwarna perang semulajadi.

Semua ini berdasarkan rasa tidak sempurna anggota tubuh badan mereka menurut pandangan bahawa segala apa sahaja yang datang dari Barat itu hebat dan jatidiri sebagai seorang Melayu itu teramat hina bagi bangsa yang mahu menjadi umang umang ini.

Indoktrinisasi minda bermula sejak dari mereka kecil lagi. Kanak kanak Melayu disajikan dengan hidangan mata, telinga dan otak dengan rancangan rancangan kartun dan hiburan sepanjang masa oleh pihak penyiar radio televisyen negara 24jam sepanjang masa.

Hasil pembentukan minda dari peringkat asas ini berhasil melahirkan beratus ribu kanak kanak Melayu yang agak bingung tentang mana satu cara hidup yang ia perlu ikut dan yang mana satu cara hidup yang perlu dijauhi.

Malangnya ramai lagi yang melebihkan budaya Barat dari Budaya Islam yang lebih adil dan saksama.

Akan di sambung.

Ulasan

syahid_muslimah berkata…
salam.
ustaz,saya hendak bertanya berkenaan dengan pemakaian kanta lekap berwarna.adakah ianya haram dipakai?dan,adakah pemakaiannya dikira sebagai mengubah ciptaan allah?
apakah hukum mencukur bulu roma di bahagian kaki dan tangan?adakah ianya berdosa jika mencukurnya?

sekian,terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Talqin - Baca'an didalam Bahasa Melayu

"Minah Tudung" tapi berperangai macam jahiliyah dsbnya!

Mensyukuri Nikmat Iman oleh Zainol Abideen